Thursday, June 24, 2010

kali ini kau pergi tak kan kembali,
bukan pintaku semua ini terjadi..

bersamaku kau tidak mungkin bertemu bahagia,
bersamaku hidupmu kan terus dihimpit derita..

ku tahu sayang dihatimu bukan untukku,
ku tahu cinta dihatimu bukan milikku..

pergilah dirimu dan jangan menoleh padaku lagi,
kerana ku tidak mungkin boleh membuatmu bahagia..

hariku teringat akan dirimu,
setiap kenangan pasti membuatku tersenyum berseorangan..

tiada siapa tahu perit di hati ini merinduimu,
kucuba lupa perasaan ketika kita bercinta..
kucuba lupa perasaan ketika ia sedang mekar..

Sunday, May 9, 2010

siapa tahu??

hari ini,
hatiku terasa sungguh tenang,
sungguh mengasyikkan..

kau berdiri di sana,
sungguh bergaya,
sungguh mempersona..

kali ini,
kita berdua,
bersama melayari bahtera cinta kita..

adakah ia kan kekal selamanya?
siapa tahu?
mungkin ya,mungkin tidak..

namun,
ku mahu mengharunginya jua bersamamu..
di setiap langkahku..

kerana,
kasihmu yg tidak beralas itu,
membuatku ingin terus melindunginya =)

0412 (090510)

Monday, April 19, 2010

ke mana..

kali ini aku sendiri..

aku xpasti..

ke mana harusku tuju..

aku sudah hilang arah, hilang petunjuk..

bilakah akan ku jumpa apa yang ku cari?

aku terlalu mendambakan nya..

aku terlalu menginginkan nya..

pujuk rayumu xmampu ku layan..

kerana aku masih tidak pasti,

mana jalannya..

Friday, March 26, 2010

Sesungguhnya ketika ku menyembah-Mu,

Ku rasakan air mataku hangat mengalir membasahi pipiku..

Betapaku rindu akan diri Mu, wahai Tuhanku..

Adakah kau akan mengampuni dosaku setelahku sujud menyembahMu?

Dosa yang inginku tinggalkan kini semakin dekat mengejarku,
Aku tkt aku kan tersungkur.
Sungkur lalu ku tersasar dari jalanmu..

Biar pahit yangku telan di tinggalkan kekasih,
Ku tetap cuba untuk berdiri teguh menyembah Mu..

Biar pedih yangku rasa dikhianati kekasihku,
Ku tetap ingin menjadi kuat kerana Mu..

Bukan kemewahan yangku kejar,

Bukan kekayaan yang menjadi impianku,

Tetapi,

Hanya pengampunan untuk segala dosa yang telahku lakukan.

Dalam keramaian,

Aku berasa sungguh hina..

Dengan penuh dosa, dengan penuh kekotoran yang ada padaku ini,

Aku malu..

Malu untuk menghadap Mu, Tuhanku..

Di kala kekasihku meninggalkanku dengan luka,

Aku pula tercari di mana tempatku di hatinya..

Adakah berasanya ku pula menambah dosa pada dirinya?

Kakiku mula melangkah pergi

Keranaku tahu,

Aku tidak mampu membuatnya bahagia,

Selagi dosa ini bersamaku.

Biar beribu titisan air mata yang mengalir dari mataku ini,

Memohon doa,

Memohon pengampunan dari Mu,

Hatiku tetap rindu dirinya.

Biarla kini aku bersama Mu,

Memohon doa untuk segala doasaku,

Kerana hanya diri Mu yang mampu membuatku pasti,

Pasti bila diri ini tidak lagi degan dosa lamaku.

-260310- 1032

Thursday, March 25, 2010

Hanya Mu seorang

Bila aku teringinkanmu,

Ku lupa tentang mati..

Baruku sedar,
Kala mati menjelma,

Aku tetap sendiri tanpamu di sisi..
Lalu ku rindu menyembahNya,

Yang sentiasa berada di sisiku dalam apa jua keadaan.

Bila tiap nafasku bersatu dalam menyebut namaMu, Ya Allah

Ku rasa tiap kali itulah ketenangan ada bersamaku.

Tidak pernah ku lupa Kau tika ku tidak boleh bersama yang lain menyembahMu.

Betapaku rindu akan Mu ketika ku sedih, ketika ku gembira, ketika ku sengsara.

Hanya Mu yang mampu mendengar rintihan hati seoranga hamba yang penuh dengan dosa.

Dosa itu kian menghimpitku..

Dosa itu kian mecariku di saat aku lalai dalam mengingatiMu.

Betapaku lemah,

Betapaku mudah,

Mudah tersungkur..

-1905- 250310

Akhirnya aku....

Jangan cariku di kala kau sedih,

Jangan cariku di kala kau gembira

Tapi,

Carila kau di saat ak tiada,

Di saat ak pergi pemyembah kembali kepada Yang Maha Esa..

Tika mataku mula menutup rapat,

Carila ak dalam ketenanganku pergi menyembah Dia..

Tika ku ditelan oleh bumi yang tanahnya menutupiku,

Lihatku dengan sekian kalinya..

Lihatla aku pergi meninggalkan mu terlebih dahulu..

Ku tau pada masa itu,

Kau tidak dapat melihat titsan air mataku pergi meninggalkanmu..

Mana mungkin ku mampu menangis lagi di saat itu,

Saat Dia telah memanggilku kembali kepadanya..

Sebelumku menutup mataku,

Betapaku lihat indahnya dunia ciptaan Dia.

Betapa nikmatnya hidup yang telah aku lalui dariku dilahirkan,

Sehingga kepada-Nya jua aku dikembalikan.

Aku menyembah lagi kepadaMu, Ya Allah.

Kali ini untuk kali terakhir,

Di mana aku akan mendapat pengadilan dariMu.

-1854- 250310

Monday, March 22, 2010

penyesalan

apakah itu pengampunan?

adakah ia berlalu setelah bersujud menyembah-Mu?

atau pabila penyesalan menjelma menginsafi diri?

ku mencari apa itu pengampunan,

untuk menghapuskan dosa pada masa silamku..

hatiku..

menangis dan merintih dalam kelukaan,

menghilangkan segala sesalan yang mendatang..

aku cuba fahami isi hatiku yang kian lara ini..

ku cuba buang apa yang ku rasai,

namun,

tetap menghantui diriku..

menghantui setiap hembusan nafasku..

menghantui setiap perjalananku dlm mencari keredhaan-Mu..



-220310- 1405