Thursday, June 24, 2010

kali ini kau pergi tak kan kembali,
bukan pintaku semua ini terjadi..

bersamaku kau tidak mungkin bertemu bahagia,
bersamaku hidupmu kan terus dihimpit derita..

ku tahu sayang dihatimu bukan untukku,
ku tahu cinta dihatimu bukan milikku..

pergilah dirimu dan jangan menoleh padaku lagi,
kerana ku tidak mungkin boleh membuatmu bahagia..

hariku teringat akan dirimu,
setiap kenangan pasti membuatku tersenyum berseorangan..

tiada siapa tahu perit di hati ini merinduimu,
kucuba lupa perasaan ketika kita bercinta..
kucuba lupa perasaan ketika ia sedang mekar..

Sunday, May 9, 2010

siapa tahu??

hari ini,
hatiku terasa sungguh tenang,
sungguh mengasyikkan..

kau berdiri di sana,
sungguh bergaya,
sungguh mempersona..

kali ini,
kita berdua,
bersama melayari bahtera cinta kita..

adakah ia kan kekal selamanya?
siapa tahu?
mungkin ya,mungkin tidak..

namun,
ku mahu mengharunginya jua bersamamu..
di setiap langkahku..

kerana,
kasihmu yg tidak beralas itu,
membuatku ingin terus melindunginya =)

0412 (090510)

Monday, April 19, 2010

ke mana..

kali ini aku sendiri..

aku xpasti..

ke mana harusku tuju..

aku sudah hilang arah, hilang petunjuk..

bilakah akan ku jumpa apa yang ku cari?

aku terlalu mendambakan nya..

aku terlalu menginginkan nya..

pujuk rayumu xmampu ku layan..

kerana aku masih tidak pasti,

mana jalannya..

Friday, March 26, 2010

Sesungguhnya ketika ku menyembah-Mu,

Ku rasakan air mataku hangat mengalir membasahi pipiku..

Betapaku rindu akan diri Mu, wahai Tuhanku..

Adakah kau akan mengampuni dosaku setelahku sujud menyembahMu?

Dosa yang inginku tinggalkan kini semakin dekat mengejarku,
Aku tkt aku kan tersungkur.
Sungkur lalu ku tersasar dari jalanmu..

Biar pahit yangku telan di tinggalkan kekasih,
Ku tetap cuba untuk berdiri teguh menyembah Mu..

Biar pedih yangku rasa dikhianati kekasihku,
Ku tetap ingin menjadi kuat kerana Mu..

Bukan kemewahan yangku kejar,

Bukan kekayaan yang menjadi impianku,

Tetapi,

Hanya pengampunan untuk segala dosa yang telahku lakukan.

Dalam keramaian,

Aku berasa sungguh hina..

Dengan penuh dosa, dengan penuh kekotoran yang ada padaku ini,

Aku malu..

Malu untuk menghadap Mu, Tuhanku..

Di kala kekasihku meninggalkanku dengan luka,

Aku pula tercari di mana tempatku di hatinya..

Adakah berasanya ku pula menambah dosa pada dirinya?

Kakiku mula melangkah pergi

Keranaku tahu,

Aku tidak mampu membuatnya bahagia,

Selagi dosa ini bersamaku.

Biar beribu titisan air mata yang mengalir dari mataku ini,

Memohon doa,

Memohon pengampunan dari Mu,

Hatiku tetap rindu dirinya.

Biarla kini aku bersama Mu,

Memohon doa untuk segala doasaku,

Kerana hanya diri Mu yang mampu membuatku pasti,

Pasti bila diri ini tidak lagi degan dosa lamaku.

-260310- 1032

Thursday, March 25, 2010

Hanya Mu seorang

Bila aku teringinkanmu,

Ku lupa tentang mati..

Baruku sedar,
Kala mati menjelma,

Aku tetap sendiri tanpamu di sisi..
Lalu ku rindu menyembahNya,

Yang sentiasa berada di sisiku dalam apa jua keadaan.

Bila tiap nafasku bersatu dalam menyebut namaMu, Ya Allah

Ku rasa tiap kali itulah ketenangan ada bersamaku.

Tidak pernah ku lupa Kau tika ku tidak boleh bersama yang lain menyembahMu.

Betapaku rindu akan Mu ketika ku sedih, ketika ku gembira, ketika ku sengsara.

Hanya Mu yang mampu mendengar rintihan hati seoranga hamba yang penuh dengan dosa.

Dosa itu kian menghimpitku..

Dosa itu kian mecariku di saat aku lalai dalam mengingatiMu.

Betapaku lemah,

Betapaku mudah,

Mudah tersungkur..

-1905- 250310

Akhirnya aku....

Jangan cariku di kala kau sedih,

Jangan cariku di kala kau gembira

Tapi,

Carila kau di saat ak tiada,

Di saat ak pergi pemyembah kembali kepada Yang Maha Esa..

Tika mataku mula menutup rapat,

Carila ak dalam ketenanganku pergi menyembah Dia..

Tika ku ditelan oleh bumi yang tanahnya menutupiku,

Lihatku dengan sekian kalinya..

Lihatla aku pergi meninggalkan mu terlebih dahulu..

Ku tau pada masa itu,

Kau tidak dapat melihat titsan air mataku pergi meninggalkanmu..

Mana mungkin ku mampu menangis lagi di saat itu,

Saat Dia telah memanggilku kembali kepadanya..

Sebelumku menutup mataku,

Betapaku lihat indahnya dunia ciptaan Dia.

Betapa nikmatnya hidup yang telah aku lalui dariku dilahirkan,

Sehingga kepada-Nya jua aku dikembalikan.

Aku menyembah lagi kepadaMu, Ya Allah.

Kali ini untuk kali terakhir,

Di mana aku akan mendapat pengadilan dariMu.

-1854- 250310

Monday, March 22, 2010

penyesalan

apakah itu pengampunan?

adakah ia berlalu setelah bersujud menyembah-Mu?

atau pabila penyesalan menjelma menginsafi diri?

ku mencari apa itu pengampunan,

untuk menghapuskan dosa pada masa silamku..

hatiku..

menangis dan merintih dalam kelukaan,

menghilangkan segala sesalan yang mendatang..

aku cuba fahami isi hatiku yang kian lara ini..

ku cuba buang apa yang ku rasai,

namun,

tetap menghantui diriku..

menghantui setiap hembusan nafasku..

menghantui setiap perjalananku dlm mencari keredhaan-Mu..



-220310- 1405

wound..

kadang- kadang kau lihatku tersenyum,
kau lihatku ketawa..

tetapi,

sebaliknya, ak terluka..

terluka sehinggakan hatiku perlahan-lahan tertutup..

tapi kenapa aku tidak sedar aku terluka tika kau bersama?
hadirku mengundang bencana..

tidakkah kau tahu apa yang kau lakukan membuatku lebih rasa bersalah?

ku ingat dulu kau kata kau perlu mencari drimu yang hilang,
tapi sebaliknya,
kau pulang dengan kecurangan.

lantas pada siapa harus dipersalahkan?
aku, kau atau dia?

kadang-kadang ku rasa takdir memang kejam,
namun ku pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi..

kali ini,biarlah aku korbankan hati dan perasaanku,
keranaku tahu hatimu masih menyebut namanya..

akanku doa kebahagiaan buatmu,
wahai kekasih hatiku..

-090110- 0325

Thursday, February 25, 2010

ku berseorangan...

mungkinkah kau di sini,

bersamaku lagi?

ku penuh dengan rahsia hati..

mana mungkin kau mengerti cintaku ini..

kau tidak mengerti betapa hatiku memanggil nm mu..

kau tidak mengerti betapa ku dambakan kasih syg n cinta ini..

jalan yg ku lalui,

penuh dgn kekeliruan..

penuh dgn penyesalan..

namun ku harus tempuhi jua..

kerana ini yang telah ku pilih..

tiap kali ku lemas dalam kekeliruan itu,

aku mencari tanganmu yang mungkin menggapaiku..

membantu mencari jalan keluar..

tetapi hakikatnya,

aku berseorgan..

melayari bahtera ini..

Saturday, January 30, 2010

for the one that own my heart

Sesungguhnya kita hamba Allah..
Meniti jalan hidup yang penuh berliku..
Aku..
menggembara di dunia yang luas ini..
Penuh dgn tanda tanya...
Penuh dengan kemusykilan..
Jalan yang ku tempuhi..
Beribu batu jauh pjalanannya..
Kadang2 ku kan tersungkur..
Jatuh berdarah..
Namunku bangkit..
Kerana ku msh blm puas meliha dunia..
Mataku masih bsinar ingin mcari pgalaman..
Aku,
Umpama pasir di hamparan..
Terbiar..
Dan senang terluka..
Namunku juga cepat sembuh dari derita..
Air yang menghilangkan smua tapak kaki,
Telahku angp lukaku akn sembuh di kemudian hari..
Aku tabah menghadapi dugaanmu,Ya Allah..
Ku rela pmergian nya andai dia bahgia tanpaku..
Kasihku terhadapmu
Akan ku tanam jauh dilubuk hatiku..
Agrku tdk melukakan drmu lagi..
Agrku th, kau bkn jodohku..
Ku menangis
Bkn ku gembira..
Namun kecewa kerna di tglkn..
Sembuhkah luka di ht?
Kerana diriku hnya milikmu..
Tetapiku diamkan dri..
Agr kau tdk bpaling dari cintamu yang kini..
Tinggalkanlah..
Tinggalkanlah ku bersama luka yg ada..
Janganlah kau bpaling pada ku lagi saat kau inginkan ku pergi..
Ku tidak mahu kau lihat ari mataku menitis..
Ku tdk mahu kau th kau tlh tglkn ak bersama luka yg dlm..
Ku tdk mahu kau th ak kecewa mlpskn kau pegi...
Inginku pegang erat tgnmu pd ms itu..
Namun ku th,ku perlu mlpskn kau perg jua.

Kekasihku,
Andai ms blh dputar..
Inginku menebus segala dosa..
Agr kau xkn tluka..

(290808_0140)

Tuesday, January 26, 2010

untukmu...

Kita terlalu mengejar kehidupan yang kita inginkan sehingga kita terlepas kehidupan yang sudah berada dlm genggaman kita.

Kita terlalu menginginkan persamaan sehinggakan kita lupa,perbezaan itulah yang membawa kita kepadanya.

Kita terlalu mengharapkan kejujuran sehinggakan kita lalai lantas menbuat penipuan itu sendiri.

Aku pula,

Tidak pernahku kenal erti cinta.

Tidak tahu apa itu kasih sayang.

Sehingga aku ditemukan dengan dirimu.

Kau hadiahkan padaku satu kenangan.

Kau hadiahkan ku sebuah cinta dan kasih sayang.

Kau hadiahkan ku satu kebahagiaan.

Rupanya hadirku menggubah corak hidupmu.

Aku merampas satu- satunya apa itu milik kau.

Aku kesal.

Kesal sehingga sekarang

Kuinginkan kau saat aku lupa mana letaknya ku dulu.

Ku tidak mahu hadirnya dirimu saat ku tahu aku puncanya.

Hatiku remuk menanti luka.

Banyak rahsia hatiku cuba dipendamkan

Aku masih terluka.

Aku masih merana.

Kerana perbuatanmu.

Ku masih ingat kau berkata,

Kau inginkan peluang tuk merasa nikmat cinta kita.

Ku juga menginginkan yang sama, sayang.

Monday, January 4, 2010

Hatiku

Ku meratapi,ku menangisi..
isi hatiku..
siapa yg th..
ku pendam segala di ht..
mahu d luah,
siapakah yg sudi mendengar?
dlm kepekatan mlm,
ku termenung..
titisan air mata mula mengalir keluar..
memahami isi hati ini..
kenpa ini yg harus ak harungi?
knp ini yg ak lalui?