Friday, March 26, 2010

Sesungguhnya ketika ku menyembah-Mu,

Ku rasakan air mataku hangat mengalir membasahi pipiku..

Betapaku rindu akan diri Mu, wahai Tuhanku..

Adakah kau akan mengampuni dosaku setelahku sujud menyembahMu?

Dosa yang inginku tinggalkan kini semakin dekat mengejarku,
Aku tkt aku kan tersungkur.
Sungkur lalu ku tersasar dari jalanmu..

Biar pahit yangku telan di tinggalkan kekasih,
Ku tetap cuba untuk berdiri teguh menyembah Mu..

Biar pedih yangku rasa dikhianati kekasihku,
Ku tetap ingin menjadi kuat kerana Mu..

Bukan kemewahan yangku kejar,

Bukan kekayaan yang menjadi impianku,

Tetapi,

Hanya pengampunan untuk segala dosa yang telahku lakukan.

Dalam keramaian,

Aku berasa sungguh hina..

Dengan penuh dosa, dengan penuh kekotoran yang ada padaku ini,

Aku malu..

Malu untuk menghadap Mu, Tuhanku..

Di kala kekasihku meninggalkanku dengan luka,

Aku pula tercari di mana tempatku di hatinya..

Adakah berasanya ku pula menambah dosa pada dirinya?

Kakiku mula melangkah pergi

Keranaku tahu,

Aku tidak mampu membuatnya bahagia,

Selagi dosa ini bersamaku.

Biar beribu titisan air mata yang mengalir dari mataku ini,

Memohon doa,

Memohon pengampunan dari Mu,

Hatiku tetap rindu dirinya.

Biarla kini aku bersama Mu,

Memohon doa untuk segala doasaku,

Kerana hanya diri Mu yang mampu membuatku pasti,

Pasti bila diri ini tidak lagi degan dosa lamaku.

-260310- 1032

No comments:

Post a Comment